top of page
Search

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT IMUNO-ONKOLOGI YANG BAHARU

  • tuntastinta
  • Feb 4, 2020
  • 1 min read

Mengembangkan dan Memperluas Penggunaan Portfolio Imuno-onkologi Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengembangkan portfolio imuno-onkologi yang utamanya dengan melancarkan model mencit B2m-NOG yang baharu.

Imuno-onkologi memanfaatkan sistem imun dalam badan untuk melawan kanser, meningkatkan keupayaan untuk menyasarkan penyakit tersebut. Model haiwan yang digunakan dalam pembangunan teraputik termasuklah mencit khas yang memodelkan fungsi sistem imun manusia. Portfolio imuno-onkologi Taconic dibentuk berdasarkan CIEA NOG mouse®, iaitu mencit dengan keimunokurangan yang serius melalui pelbagai penggunaan berdasarkan keupayaannya yang dipertingkat untuk bersepadu dengan sel dan tisu manusia. B2m-NOG merupakan tambahan yang penting bagi portfolio ini kerana model ini jelasnya melanjutkan tempoh kajian selepas penyepaduan sel mononuklear darah periferi (PBMC) manusia, memberikan lebih banyak masa untuk menilai tindak balas terhadap ubat sasaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13031

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page