top of page
Search

SENSEFORTH.AI MENEMBUSI KE DALAM ENAM TERATAS DALAM PAPAN PENDAHULU PRESTASI MESIN BACAAN GLOBAL

  • tuntastinta
  • Feb 6, 2020
  • 2 min read

BANGALORE, India, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Senseforth.ai, sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan, telah menduduki tempat ke-6 di dalam satu daripada penanda aras kefahaman mesin bacaan yang paling berwibawa di dunia, Stanford Question Answering Dataset 2.0 (SQuAD 2.0). Senseforth.ai mencatatkan 90.830, untuk menewaskan tahap prestasi manusia 89.452 dan menjadi satu-satunya syarikat permulaan AI Perbualan yang dipaparkan dalam kedudukan 6 teratas dari papan pendahulu peringkat global ini. Teknologi NLP proprietari Senseforth.ai tertanam di dalam platform AI Perbualan, A.ware, yang digunakan oleh lebih daripada 35 organisasi di Asia dan Amerika Utara untuk memperolehi pelanggan, mendorong penglibatan pengguna dan menyediakan sokongan pra-jualan & selepas jualan. Senseforth.ai telah muncul sebagai rakan AI Perbualan pilihan untuk jenama-jenama terkemuka seperti Nestle, PwC, Future Generali, HDFC Bank, SBI Card, ICICI Bank, RBL Bank, Airtel, Kotak Mutual Fund dan Stanton Optical, antara lain. Bercakap tentang perkembangan itu, Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama, Senseforth.ai berkata, "Memperolehi tempat ke-6 di papan pendahulu SQuAD 2.0 memantapkan kewibawaan kami sebagai sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan. Kedudukan kami yang unggul merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kepada membangunkan penyelesaian teknologi canggih yang menangani cabaran-cabaran utama bagi perusahaan yang berkembang." SQuAD 2.0 mengandungi lebih daripada 100,000 soalan dengan lebih daripada 50,000 soalan baharu yang tidak dapat dijawab yang kelihatan seperti yang boleh dijawab. Untuk melaksanakan dengan baik, sistem itu bukan sahaja harus menjawab soalan-soalan sebaik mungkin tetapi juga menahan diri daripada menjawab apabila tiada jawapan tersedia. Krishna Kadiri, Ketua Pegawai AI dan Inovasi, Senseforth.ai berkata, "Keupayaan enjin NLP kami telah meningkat secara dramatik sejak beberapa tahun yang lalu. Ketepatan bagi sebuah bot untuk memahami satu pertanyaan dan mengambil tindakan yang sesuai adalah pemutus urus janji bagi perusahaan yang mengendalikan berjuta-juta pertanyaan pelanggan setiap bulan." Senseforth.ai adalah sebuah penerima anugerah “produk AI terbaik untuk tahun 2018” oleh Frost & Sullivan dan “Anugerah Produk Paling Inovatif” dari Netapp.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13037

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page