PENGUMUMAN BAGI JENAMA PERWAKILAN KOREA 2020 OLEH BRANDSTARS
- tuntastinta
- Feb 11, 2020
- 2 min read
SEOUL, Korea Selatan, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan senarai Jenama Perwakilan Korea 2020 bagi jenama-jenama perindustrian terbaik negara itu. Jenama-jenama terpilih termasuk Samsung Electronics Samsung Galaxy (telefon pintar), Hyundai Motors Hyundai Grandeur (kereta), LG Electronics Whisen (penyaman udara), Shinsegae Department Store (beli-belah), SKT5GX (5G), Dong-A Pharm Bacchus·D (minuman tenaga), Agabang & Company agabang (pakaian bayi), dan Starbucks (Koreanisasi). Di dalam kategori hiburan, Parasite (filem) dan BTS (kumpulan K-pop) telah dipilih. Di dalam bidang K-kecantikan, jawatankuasa itu telah memilih LG Household and Health Care The History of Whoo (kosmetik), Amorepacific Laneige (kosmetik), Olive Young (kedai ubat), CGbio GISELLELIGNE (pengisi dermis), Grand Plastic Surgery (pembedahan plastik), dan WIBE ECO FACE (alat penjagaan kulit). Jenama-jenama K-makanan terbaik yang dipilih oleh panel itu adalah Paris Baguette (kedai membuat roti), bibigo (makanan sedia makan), Susu Perisa Pisang Binggrae (susu), Buldak-bokkeum-myeon (ramen pedas), Jejudoolrecooks (mi), MAMACOOK (kedai hidangan sampingan), dan Baunenajoogomtang (sup tulang daging lembu). FILA (kasual) dan Kumkang Shoe (kasut) telah dipilih sebagai jenama yang mewakili Korea di dalam kategori K-fesyen; Pusat Perubatan ASAN (pemeriksaan kesihatan), CheongKwanJang (ginseng merah), dan Well-Being Health Pharm Goun-bal (penjagaan kaki) telah dipilih di dalam kategori bagi penjagaan kesihatan; dan Jeju (bandar raya) dan Istana Gyeongbokgung (hartanah kebudayaan) telah dipilih di dalam bidang pelancongan. Samsung Electronics Samsung Galaxy, Bacchus·D, agabang, BTS, LG Household and Health Care, Amorepacific, Olive Young, GISELLELIGNE, bibigo, Buldak-bokkeum-myeon, Baunenajoogomtang, CheongKwanJang, Goun-bal, dan Jeju telah dipilih selama dua tahun berturut-turut. Jenama Perwakilan Korea 2020 telah dibuat bukan sahaja untuk menyediakan maklumat produk kepada pengguna di dalam negeri dan di luar negara bagi pilihan rasional mereka tetapi juga untuk meningkatkan nilai jenama korporat bagi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan memilih jenama-jenama Korea yang paling terkenal bagi kualiti produk yang tinggi dan perkhidmatan terbaik. Senarai itu dikeluarkan kepada media berita utama di China dan negara-negara Asia yang lain pada masa yang sama.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13047
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments