top of page
Search

SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR (SIKAS) 2020 PADA 24 & 25 MAC 2020, PULLMAN BANGSAR

  • tuntastinta
  • Feb 22, 2020
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysian Structural Steel Association (MSSA) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Simposium Kejuruteraan Awam Dan Struktur (SiKAS) 2020 pada 24 & 25 Mac 2020 bertempat di Pullman Kuala Lumpur. Menteri Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Tuan Baru Bian akan menyampaikan ucaptama dan bakal merasmikan majlis tersebut. Simposium ini bermatlamat meningkatkan pemahaman jurutera awam dan penggiat industri terhadap penggunaan teknologi terkini kejuruteraan seperti Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) termasuk penggunaan keluli ke arah Revolusi Industri 4.0; mewujudkan kesedaran kepada jurutera awam dan penggiat industri terhadap amalan terbaik kejuruteraan terkini seperti garis panduan, spesifikasi, bahan rujukan dan sebagainya; menjadi pentas perkongsian ilmu, kepakaran dan sesi perbincangan teknikal di antara semua pihak berkepentingan. Simposium bakal menampilkan sebelas (11) kertas pembentangan oleh pembuat dasar, pakar penyelidik dan penggiat industri dan terdapat lebih daripada 30 pameran kejuruteraan awam dan struktur untuk dilawati. Kami menjemput orang ramai serta penggiat industri pembinaan dan rangkaian untuk turut serta menyertai simposium tersebut. Yuran penyertaan adalah seperti berikut :- Agensi Kerajaan : RM600 Agensi Swasta : RM700 Pendaftaran boleh dibuat di melalui https://tinyurl.com/RegSiKAS2020. Tarikh tutup pada 10 Mac 2020. Sebarang pertanyaaan boleh berhubung dengan sekretariat di talian Surati Sujor : 013-2660207 Mohd Badrun Arshad : 019-4050395. Sila klik sini untuk Brosur SUMBER: Bina Puri Holdings Berhad

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13094

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page