top of page
Search

ZYNGA MENGUMUMKAN HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, SEBUAH PERMAINAN MUDAH ALIH PERLAWANAN-3 YANG

  • tuntastinta
  • Mar 9, 2020
  • 2 min read

SAN FRANCISCO, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan prapelancaran bagi Harry Potter: Puzzles & Spells di pasaran terpilih. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, permainan itu membuka permainan teka-teki perlawanan-3 yang berinovatif dengan watak-watak ikonik, naratif, tetapan, mantera dan kenakalan magik bagi Dunia Sihir.

“Kami sangat berbangga untuk membawa Harry Potter kepada portfolio Zynga dan berdedikasi untuk mencipta sebuah permainan yang layak bagi Dunia Sihir dan kelompok peminat mereka,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Dengan menggabungkan keupayaan mudah alih dan kepakaran pasukan pembangunan Zynga dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment, kami sedang mencipta sebuah permainan yang akan menggembirakan peminat dalam semua peringkat umur di seluruh dunia.”

Peminat terus menghormati dan memperluaskan keajaiban Dunia Sihir dengan melibatkan diri dalam kuiz Harry Potter, belit-belit akal dan permainan yang diilhamkan oleh teka-teki yang lain. Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan afiniti ini untuk cabaran dan misteri dengan permainan teka-teki perlawanan-3 yang pertama bagi peranti mudah alih. Dalam permainan itu, pemain membuat persona mereka sendiri dan mengalami keterujaan dan misteri bagi Dunia Sihir dengan satu cara baharu yang mempesonakan. Membuka kunci elemen-elemen Dunia Sihir, termasuk mantera baharu dan menghasilkan posyen ketika mereka mara bergerak, pemain akan menghadapi detik-detik yang paling ikonik dan wajah-wajah yang tidak dapat dilupakan dari filem asal Harry Potter. Dengan menggunakan keupayaan magik dan objek untuk mengatasinya, pemain akan menghadapi teka-teki yang hampir sama dengan Chocolate Frogs dan halangan lain ketika “mengibas-ngibas dan kuis” melalui tahap yang penuh khayalan.

Membuktikan keberanian magik mereka, pemain akan memperoleh mata pengalaman ketika mereka mara bergerak dalam permainan itu. Dari Peristiwa Harian sehingga teka-teki interaktif, pemain akan memperoleh XP untuk mendapatkan kebolehan dan ganjaran magik yang baharu, tingkatkan kemahiran dan mantera mereka, serta menyesuaikan persona yang unik dalam permainan mereka. Pemain juga akan mempunyai pilihan untuk membentuk kelab dan bergabung dengan peminat lain untuk bersosial, mengambil bahagian dalam aktiviti kerjasama dalam permainan yang khusus dan mengalami keakraban dalam Dunia Sihir.

Peminat boleh melayari www.zynga.com untuk terus menantikan kemas kini selanjutnya bagi Harry Potter: Puzzles & Spells, yang akan dilancarkan di seluruh dunia bagi peranti iOS dan Android, serta Amazon Kindle dan Facebook.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13153

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page