MARY KAY INC. & YAYASAN MARY KAY ASH℠ MERAIKAN SOROTAN AKHIR TAHUN 2021
- tuntastinta
- Jan 10, 2022
- 2 min read

DALLAS, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat pembangunan keusahawanan global dan penyokong bagi tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian, hari ini mengeluarkan sorotan akhir tahun mereka. Pada tahun 2021, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka sejak beberapa dekad untuk memperkayakan kehidupan kaum wanita di seluruh dunia dan membina komuniti yang lebih sihat dan lebih lestari.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220107005500/en/
Ketahui lebih lanjut tentang pencapaian 2021 oleh Mary Kay dalam laporan ini.
SOROTAN AKHIR TAHUN 2021
Kecemerlangan Perniagaan
· Mary Kay menerima 58 anugerah dan pengiktirafan pada tahun 2021, termasuk: Respons COVID (22 anugerah), pengiktirafan daripada rakan kongsi dalam impak sosial/laporan tahunan (4), pengurusan Mary Kay diiktiraf untuk kepimpinan (7), kecemerlangan perniagaan (10) dan satu dokumentari yang memenangi anugerah (4 anugerah; 5 pilihan penayangan). Selain itu, Mary Kay dan/atau pengasas ikonik mereka, Mary Kay Ash, telah dipaparkan dalam dua Kajian Kes Perniagaan Harvard, tiga buku teks dan satu kertas penyelidikan.
· Mengumumkan pelantikan Wendy Wang sebagai Presiden bagi Rantau Asia Pasifik. 54% daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita.
· Pasaran Mary Kay meraikan ulang tahun: Mary Kay Lithuania (10 tahun) dan Mary Kay Jerman (35 tahun).
· Dinobatkan sebagai satu daripada Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika 2021 oleh Forbes.
Studio Reka Bentuk Mary Kay Global & Inovasi Digital untuk Meningkatkan Pengalaman Pelanggan
· Studio Reka Bentuk Mary Kay Globaldan Glamhive mengumumkan rancangan realiti TikTok global yang pertama berdasarkan kepada gaya, Step & Repeat. Pertandingan itu mempamerkan bakat dalam busana, solekan & rambut daripada pengguna TikTok di seluruh dunia. Peserta mempamerkan bakat mereka dari lebih 30 buah negara, dan kempen yang berinovatif itu telah dipaparkan dalam Daily Mail UK, The Daily Front Row dan Vogue Business yang menonjolkan pendekatan berinovatif mereka untuk menggunakan platform media sosial yang agak baharu.
· Melancarkan Suite 13, satu pengalaman kecantikan yang menggunakan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran pop timbul maya pertama syarikat itu; Mary Kay MirrorMe™ untuk pengubahsuaian realiti tambahan dan Aplikasi Penganalisis Kulit Mary Kay® untuk mengimbas wajah anda bagi satu rutin penjagaan kulit yang disesuaikan.
· Meraikan 25 tahun bekerjasama dengan Duta Kecantikan Global, Luis Casco.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments