top of page
Search

WEBINAR "MENANGANI ISU EKONOMI GELAP & KARTEL"

  • tuntastinta
  • Jan 20, 2022
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu program Webinar bertajuk “Menangani Isu Ekonomi Gelap & Kartel” secara dalam talian yang melibatkan para peserta daripada pelbagai latar belakang, seperti pembuat dasar, pentadbir, ahli akademik, penjawat awam dan individu.


Webinar dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, yang menyentuh perihal anggaran saiz ekonomi gelap di Malaysia sebesar sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019. Pada pandangan beliau, kegagalan untuk mengatasi ekonomi gelap menjadi petanda bahawa masalah rasuah terus menular dalam masyarakat kerana ada pihak yang tidak mengambil tindakan ke atas ketidakpatuhan undang-undang oleh golongan yang terlibat dalam ekonomi sedemikian.


Seramai tiga orang pakar telah membentang kertas kerja iaitu:


1. YBhg. Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Kuala Lumpur, yang membincangkan perihal kesan ekonomi gelap kepada negara dan sebab-sebab perkara ini perlu segera dibendung.

2. YBrs. Tuan Hj. Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi, Institut Integriti Malaysia (IIM), yang berkongsikan kes-kes dan statistik berkaitan ekonomi gelap dalam sektor awam dan swasta serta usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menanganinya.

3. YBrs. Tuan Hj. Md Alimuddin Rahim, Setiausaha Agung/Pengarah Eksekutif, Yayasan Anti Rasuah Malaysia, yang membicarakan tentang isu tadbir urus dan kelemahan penguatkuasaan dalam usaha menangani ekonomi gelap.


Sepanjang pembentangan tersebut, Dr. Mohd Sani bin Badron, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), IKIM bertindak sebagai moderator Webinar ini.


Webinar ini berjaya mengumpul buah fikiran berkenaan cadangan yang dapat membantu negara mengatasi isu ekonomi gelap dan kartel daripada terus membarah.


UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT

19 Januari 2022 / 16 Jamadil Akhir 1443H


SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15476

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page